MAIN MENU
Management Team
Hibiscus E-Store
Operation
Storage
News
Customer Network
Corporation
Event
Event Calender
Currency Converter
Transportation
Home arrow News arrow Berita Harian arrow Produk Komita Teroka Pasaran Eropah
 
Produk Komita Teroka Pasaran Eropah PDF Print E-mail
Friday, 11 May 2007
Image

METERAI PERJANJIAN: Sheikh Ahmad Dusuki (kiri) bertukar dokumen dengan Kamarulzaman sambil diperhatikan Zamani dan Mariyam di Kuala Lumpur, semalam.


KONSORTIUM Usahawan Makanan dan Industri Asas Tani (Komita) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat pengimport produk berjenama Malaysia, ManMa untuk menjadi ejen eksklusif mengedarkan produk usahawan Bumiputera ke Eropah, terutama Ireland.

Usaha sama strategik itu akan membolehkan produk Komita memasuki pasaran Ireland.

Pengarah Urusan ManMa, Kamarulzaman Abdul Manan, berkata pihaknya akan menyediakan khidmat bantuan kepada Komita seperti membekalkan maklumat berhubung pasaran dan barangan di luar negara bagi melancarkan proses membawa masuk barangan dari negara ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman dalam aktiviti pengedaran produk syarikat itu ke Ireland, barangan jenama tempatan dilihat mempunyai potensi meluas bagi menembusi pasaran luar negara.

“Kini, pelbagai usaha perlu diambil bagi mempertingkatkan lagi pengetahuan di pasaran Eropah seperti memperbanyakkan promosi serta mempelbagaikan program pemasaran,” katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani MoU di itu di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Mara, Datuk Zamani Mohd Noor dan Timbalan Pengarah (Usahawan), Mariyam Abdul Majid.

Antara produk yang dipasarkan ke Eropah seperti Ireland dan United Kingdom adalah sos cili, minuman, jem, santan paket, rempah ratus dan makanan kering yang lain.

Kamarulzaman berkata, pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan pasar raya besar Tesco di Ireland sebagai usaha untuk memasarkan produk berjenama tempatan di premis berkenaan.

Katanya, kerjasama kedua pihak yang turut mendapat sokongan MARA itu mensasarkan untuk memperluaskan pasaran ke negara Eropah lain yang mempunyai komuniti penduduk dari Asia seperti di Jerman, Sweden, Belanda dan Perancis.

ManMa juga dijangka membuka kedai jualan makanan barangan Asia berjenama Malaysia di Ireland September ini dan dikenali Kedai Makanan Asian Hibiscus.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Komita, Sheikh Ahmad Dasuki berkata, selain memperkenalkan produk jenama tempatan kepada usahawan di UK, aktiviti yang diadakan ketika ekspo itu adalah mengadakan demonstrasi masakan dan promosi jualan dengan lebih dekat lagi.

Katanya, Komita yang kini mempunyai seramai 13 ahli termasuk enam daripadanya sudah memasarkan produk mereka ke Ireland, merancang untuk menambah keahlian sehingga 20 syarikat.

Beliau berkata, ahli yang menyertai Komita akan diberi pelbagai jenis bantuan dalam memastikan produk mereka turut mendapat tempat di pasaran luar negara.

“Kita akan mengadakan program mentor dan mentee sebagai usaha melahirkan lebih ramai usahawan tempatan dan memperbanyakkan produk yang boleh dipasarkan ke luar negara,” katanya.



Oleh Zef Othman sebelum akhir tahun ini, sebelum diperluaskan ke negara Eropah lain.

 

Last Updated ( Thursday, 24 May 2007 )
 
< Prev
 

 
© ManMa Trading Sdn Bhd