MAIN MENU
Management Team
Hibiscus E-Store
Operation
Storage
News
Customer Network
Corporation
Event
Event Calender
Currency Converter
Transportation
Home arrow News arrow Berita Harian arrow Restoran Tempatan Luar Negara Dibantu
 
Restoran Tempatan Luar Negara Dibantu PDF Print E-mail
Friday, 11 May 2007
Image
BERI PENERANGAN: Mohamed Khaled (memegang mikrofon) memberi taklimat kepada usahawan restoran Malaysia di London, baru-baru ini.

LONDON: Semua restoran yang diusahakan rakyat Malaysia di luar negara akan didaftarkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi membantu pengusahanya mengembangkan perniagaan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata dengan adanya maklumat lengkap kementerian itu dengan kerjasama Kementerian Pelancongan akan dapat membantu mempromosikan perniagaan yang dijalankan.

Katanya, kemudahan pinjaman untuk pengusaha restoran berkenaan juga boleh diuruskan melalui dana yang disediakan Export-Import Bank of Malaysia Bhd (Exim Bank).

“Kerajaan memberi penekanan terhadap perniagaan restoran kerana tidak banyak negara memberi tumpuan dalam bidang ini,” katanya pada majlis pertemuan dengan usahawan Malaysia ketika lawatannya ke sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, Musa Mohamad dan Ketua Pengarah Mara, Datuk Nam Marthinin.

Beliau berkata, usahawan Malaysia juga digalak menceburi bidang perniagaan berasaskan herba menerusi program Forest Secret kerana Malaysia kaya dengan hasil flora yang berpotensi untuk dijadikan herba untuk dieksport.

Mereka juga katanya, boleh mengusahakan perniagaan berkonsepkan kedai barang halal menerusi program HalMart memandangkan industri barang halal mempunyai pasaran yang amat luas di serata dunia.

Sementara itu, rakyat Malaysia, Syarifah Munirah Syed Munawar, 38, berkata peluang yang disediakan kerajaan akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerana London menawarkan potensi perniagaan yang luas kerana ia adalah kota pelancongan yang dikunjungi jutaan pelawat dari seluruh dunia.

“Saya amat berminat melaksanakan perniagaan francais restoran Malaysian Kitchen kerana potensi industri makanan halal di London sebenarnya sangat menggalakkan.

“Dengan menceburi bidang perniagaan ini, saya dapat menerapkan identiti dan membantu memartabatkan lagi nama negara melalui penyediaan makanan berkualiti dengan cita rasa masakan Malaysia yang unik,” katanya.

Abdul Rahim Mohamad, 36, yang sudah 12 tahun menetap di sini, berkata, sesi pertemuan Mohamed Khaled di sini, amat baik kerana ia membantu mencetuskan inspirasi dan meningkatkan semangat keusahawanan pengusaha.

Last Updated ( Thursday, 24 May 2007 )
 
Next >
 

 
© ManMa Trading Sdn Bhd